Tuesday 12 July 2011

Rahsie Nisfu Sya'ban




Nisfu ertiya setengah atau seperdua dan sya'ban adalah bulan kelapan dalan kelender hijrah..sya'ban berasal dari perkataan syi'ab yang bermaksud jalan diatas gunung..di namakan sya'ban kerana pada bulan ini di temui berbagai jalan untuk mencapai kebaikan..

Malam nisfu sya'ban di muliakan kerana pada malam itu dua malaikat iaitu Raqib dan Atid yang mencatat amal perbuatan manusia sehari-hari menyerahkan catatan-catatan tersebut kepada Allah SWT..pada malam itu juga catatan-catatan itu di tukar dengan yang baru..hal itu sesuai dengan sabda rasulullah SWA.."Bulan sya'ban itu bulan yang biasa dilupakan orang kerana letaknya antara bulan Rejab dan Ramadhan..ia adalah bulan yang di angkatkan tuhan amal-amal..saya ingin diangkatkan amal saya ketika sedang berpuasa"(HR An-Nisa dari Usamah,sahabat nabi)

Malam nisfu sya'ban juga turun beberapa kebaikan dari Allah SWT untuk hamba-hambanya yang berbuat kebaikan pada malam tersebut..kebaikan-kebaikan itu berupa syafaat(pertolangan) maghfirah(keampunan) pembebasan dari azab dan sebagainya..dengan demikian malam nisfu sya'ban juga antara lain dinamakan malam syafaat..malam maghfirah dan malam pembebasan..


Al-Ghazali mengatakan malam nisfu sya'ban dikatakan malam syafaat kerana pada malam ke-13 sya'ban Allah SWT memberikan kepada hamba-hambanya sepertiga syafaat..pada malam ke-14 diberikan nya pula dua pertiga syafaat dan pada malam ke-15 diberikan syafaat itu penuh..hanya yang tidak memperoleh syafaat itu ialah orang-orang yang sengaja hendak lari darinya sambil berbuat keburukan seperti unta yang lari..

Malam itu juga disebut malam maghfirah kerana pada malam itu Allah SWT menurunkan ampunnya kepada segenap penduduk bumi..Di dalam hadis Rasulullah SWA dijelaskan.."Tatkala datang malam nisfu sya'ban Allah memberikan ampunnya kepada penghuni bumi kecuali bagi orang-orang yang syirik dan berpaling padanya"(HR Ahmad)

Malam nisfu sya'ban juga disebut malam pembebasan kerana pada malam itu Allah SWT membebaskan manusia dari seksa neraka..Sabda nabi SWA di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Anas Bn Malik "Wahai Humaira (Aisyah RA) apa yang engkau perbuat pada malam ini??.Malam ini adalah malam Nisfu Sya'ban di mana Allah SWT memberikan kebebasan dari neraka laksana banyaknya bulu kambing Bani Kalb..kecuali enam orang yang tidak dibebaskan iaitu..orang yang tidak berhenti minum arak..orang yang mencerca dan menderhaka pada kedua orang tuanya..orang yang membangun tempat zina..orang yang suka naikkan harga barang (secara aniaya)..petugas cukai yang tidak jujur..dan tukang fitnah.."

p/s..:Jadi mari la kite sama-sama renungkan dan beramal..dalam bulan sya'ban ni banyak fadilat-fadilat yang tuhan sediakan untuk hamba-hambanya untuk memohon keampunan dari segala dosa-dosa yang kita lakukan dan juga untuk sediakan diri menyambut kedatangan bulan yang mulia yakni Ramadhan..renung-renungkan dan selamat beramal..:)


No comments:

Post a Comment