Saturday 4 June 2011

RENUNGKAN....

Jika kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat pada mata kail...hendaklah kamu mengambil ikan itu...janganlah sesekali kamu melepaskannya semula ke dalam air begitu saja...kerana ia akan sakit oleh kerana bisanye ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mugkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada...jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu...apabila sekali ia retak...tentu sukar bagi kamu untuk menampalnya semula..akhirnya ia dibuang...sedangkan jika kamu cuba untuk membaikinya mungkin ianya dapat digunakan kembali...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...anggaplah dia seperti manusia biasa...apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya....

Jika kamu memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk diri kamu....mengenyangkan, berkhasiat...mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain...terlalu ingin mengejar kelazatan..kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang...yang pasti akan membawa kebaikan kepada dirimu... menyayangimu..mengasihimu..menjagamu...kenapa perlu berlengah dan terus mencuba membandingkannya dengan yang lain...terlalu mengejar kesempurnaan..kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain dan kamu juga akan menyesal...

ingatlah tiada kesempurnaan didalam dunia ini...setiap makhluk di muke bumi ni memiliki kelebihan dan juge kekurangan masing2..terima la setiap kekurangan dan kelebihan seseorang itu dan ingatlah hanya allah saja yang berhak memiliki kesempurnaan itu...dalam setiap perhubungan mestilah saling hormat menghormati dan yang paling penting kejujuran...kujujuran itu walaupun asal nya pahit tapi hanya seketika kerana kemanisan yang berpanjangan dapat dirasai...tapi ingat menipu itu walaupun manis pada awalnya cuma seketika kerana kepahitan serta hilang nye kepercayaan pada seseorang itu berpanjangan......

1 comment: